‘Jarang-jarang saya jumpa keputusan darah kolesterol pesakit cantik macam ni’, doktor kongsi 10 rahsia kolestrol rendah tanpa makan ubat

https://www.watandaily.com/jarang-jarang-saya-jumpa-keputusan-darah-kolesterol-pesakit-cantik-macam-ni-doktor-kongsi-10-rahsia-kolestrol-rendah-tanpa-makan-ubat/

Broker PN.

Posting aku pada 4 Jun 2023 lalu. Ada juga yang cop saya broker PN masa itu tapi adakah saya tersalah dalam tulisan ini?

Memang benar bahawa jika UMNO-BN tarik diri, kerajaan tak tumbang serta-merta sebab masih ada sokongan 118 kerusi.

Tetapi jika pihak sebelah kumpul kerusi-kerusi bebas dan parti-parti kecil seperti Warisan dengan pelbagai janji jawatan atau projek, maka kerajaan akan tumbang. Belum sebut lagi GRS dan GPS.

Dan jika UMNO-BN tarik diri maka kerajaan hari ini juga akan hilang legitimasi sebagai kerajaan yang turut mendapat sokongan orang Melayu.

Maka UMNO perlu faham bahawa peranan dan kedudukan mereka masih sangat penting dan berharga dalam kerajaan perpaduan.

UMNO juga perlu faham bahawa harapan PH terhadap UMNO ialah untuk tarik sokongan Melayu.

UMNO juga adalah parti Melayu dan tahap sokongan Melayu terhadap UMNO adalah keutamaannya.

Orang Melayu sangat menghargai maruah dan identiti bangsa.

Begitu juga, UMNO perlu menghargai maruah, identiti dan perjuangan sendiri.

Jadi, tugas utama UMNO ialah untuk meningkatkan undi Melayu.

Tugas kedua ialah juga untuk menjaga kepentingan bangsa-bangsa lain.

Perlu faham bahawa penyokong PH yang kebanyakkannya adalah orang bukan Melayu serta Melayu bandar masih akan sokong PH-BN jika berdepan dengan pilihan antara PN-PAS dengan PH-BN.

Tapi ini tidak sama dengan penyokong tradisional UMNO-BN yang merupakan majoriti Melayu. Orang Melayu akan undi PN-PAS jika tidak selesa dengan PH-BN.

Sebab itu, UMNO perlu menjadi perisai utama, barisan hadapan dan pejuang utama bagi orang Melayu dalam kerajaan perpaduan.

UMNO perlu menjadi check and balance dalam kerajaan perpaduan untuk menjaga dan perjuangkan hak orang Melayu.

Jadi, UMNO tidak perlu mengampu kepada mana-mana pihak dalam kerajaan perpaduan.

Tidak perlu takut untuk melawan DAP-PH atau berjuang untuk Najib biarpun dalam kerajaan bersama, sekiranya perlu.

Know your own value, your own identity and your own priorities.

Jati diri sendiri.

Jangan buat benda yang orang Melayu dan ahli parti tidak selesa.

Jangan takut untuk bersuara untuk orang Melayu dan keadilan bagi Najib sebab takut PH tidak selesa. Undi bukan Melayu PH tak akan lari jika kamu bersuara tapi undi Melayu akan lari jika kamu TAK bersuara.

UMNO tak boleh hanya bergantung kepada sokongan pengundi PH untuk menang kerusi sebab ini akan menyebabkan UMNO tidak berbeza dengan parti Amanah.

UMNO hanya akan dihormati jika maruah, identiti dan perjuangan parti tetap dipelihara sebab kejayaan UMNO adalah diukur dengan tahap sokongan orang Melayu terhadapnya.

YDPA titah UMNO-BN untuk membentuk kerajaan perpaduan.

YDPA tak tidak UMNO-BN untuk mengampu parti-parti lain.

Bukan semua yang kritik dan tegur merupakan macai PN.

Ada juga yang bimbang dan tidak selesa dengan BN terlebih ampu atau terlebih takut pada pihak-pihak lain.

https://web.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid02fTiDuE5Yx9pZNoA3tL4D8ZVPRQtYk9MSZsMyPA4WWfkzAiPtaTi8e1oMukTYrfStl&id=100088296976751